Sekali Lagi Ustazah Asma Harun Menisehati Agar Penggiat Seni, Minta Henti Program Maks1at
Sekali Lagi Ustazah Asma Harun Menisehati Agar Penggiat Seni, Minta Henti Program Maks1at
PENDAKWAH bebas terkenal, Ustazah Asma Harun sekali lagi membuat teguran terbuka kepada golongan artis dan selebriti agar lebih bertanggungjawab terhadap masyarakat.
Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram, Asma mengingatkan para artis supaya tidak menghidangkan persembahan berunsur maks1at, luc4h atau yang boleh menjatuhkan maru4h.
“Mohon duhai semua artis tanah air atas tiket apa pun sama ada pelakon, penyanyi, pelawak, pengacara dan lain-lain. Jadilah penghibur yang ada rasa tanggungjawab, tidak menyumbang kepada kerosakan yang sedia parah ini.
“Hentikan persembahan atau pertandingan berunsur maks1at, berunsur luc4h dan menjatuhkan maru4h.
“Diharapkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia, pihak berwajib, Persatuan Seniman dan lain-lain turut boleh memainkan peranan dalam isu begini. Jika tidak dibendung dengan bersungguh, maka normalisasi akan berlaku,” katanya.
Asma membuat teguran tersebut kerana menurutnya dunia hiburan pada ketika ini seakan-akan menormalisasikan maksiat dalam sesuatu persembahan yang dilakukan golongan artis.
“Kemungkaran berlaku secara terangan, dibanggakan, dipromosikan dan diikuti. Bahayanya jika kita dah tak rasa apa-apa, scroll atau dilihat sahaja tanpa rasa.
“Dan apabila ada pihak yang membuat teguran, berlaku situasi pembelaan terhadap pelaku maks1at.
“Lama-lama pelaku semakin berkuasa, pencegah semakin lemah, takut, paling sedih jika berhenti. Kita kuat kerana Allah,” katanya.
Tidak bermaksud untuk ‘mencerca’ pekerjaan golongan artis, sebaliknya Asma mengakui golongan selebriti diperlukan dalam persada seni bagi memenuhi fitrah manusia yang memerlukan hiburan.
Namun dia berharap agar ia tidak dilakukan dengan cara yang boleh melalaikan.
“Iya, kalian diperlukan dalam persada seni, memenuhi fitrah insani, namun bukan dengan cara begini.
“Kasihanilah diri sendiri, kita semua bakal mati, janganlah ditangguh lagi hajat untuk kembali,” ujarnya lagi.
Dalam entri tersebut, pelakon Syatilla Melvin dan Noor Khiriah turut dilihat meninggalkan komen di atas kata-kata ‘peringatan’ yang dikongsikan oleh Asma.
Sumber:Ustazah Asma Harun