HPK

mesothelioma survival rates,structured settlement annuity companies,mesothelioma attorneys california,structured settlements annuities,structured settlement buyer,mesothelioma suit,mesothelioma claim,small business administration sba,structured settlement purchasers,wisconsin mesothelioma attorney,houston tx auto insurance,mesotheliama,mesothelioma lawyer virginia,seattle mesothelioma lawyer,selling my structured settlement,mesothelioma attorney illinois,selling annuity,mesothelioma trial attorney,injury lawyer houston tx,baltimore mesothelioma attorneys,mesothelioma care,mesothelioma lawyer texas,structered settlement,houston motorcycle accident lawyer,p0135 honda civic 2004,structured settlement investments,mesothelioma lawyer dallas,caraccidentlawyer,structured settlemen,houston mesothelioma attorney,structured settlement sell,new york mesothelioma law firm,cash out structured settlement,mesothelioma lawyer chicago,lawsuit mesothelioma,truck accident attorney los angeles,asbestos exposure lawyers,mesothelioma cases,emergency response plan ppt,support.peachtree.com,structured settlement quote,semi truck accident lawyers,auto accident attorney Torrance,mesothelioma lawyer asbestos cancer lawsuit,mesothelioma lawyers san diego,asbestos mesothelioma lawsuit,buying structured settlements,mesothelioma attorney assistance,tennessee mesothelioma lawyer,earthlink business internet,meso lawyer,tucson car accident attorney,accident attorney orange county,mesothelioma litigation,mesothelioma settlements amounts,mesothelioma law firms,new mexico mesothelioma lawyer,accident attorneys orange county,mesothelioma lawsuit,personal injury accident lawyer,purchase structured settlements,firm law mesothelioma,car accident lawyers los angeles,mesothelioma attorneys,structured settlement company,auto accident lawyer san francisco,mesotheolima,los angeles motorcycle accident lawyer,mesothelioma attorney florida,broward county dui lawyer,state of california car insurance,selling a structured settlement,best accident attorneys,accident attorney san bernardino,mesothelioma ct,hughes net business,california motorcycle accident lawyer,mesothelioma help,washington mesothelioma attorney,best mesothelioma lawyers,diagnosed with mesothelioma,motorcycle accident attorney chicago,structured settlement need cash now,mesothelioma settlement amounts,motorcycle accident attorney sacramento,alcohol rehab center in florida,fast cash for house,car accident lawyer michigan,maritime lawyer houston,mesothelioma personal injury lawyers,personal injury attorney ocala fl,business voice mail service,california mesothelioma attorney,offshore accident lawyer,buy structured settlements,philadelphia mesothelioma lawyer,selling structured settlement,workplace accident attorney,illinois mesothelioma lawyer

Menu Navigasi

Hasrat jadi imam tak kesampaian, anak lelaki maut dalam kemalangan

 


REMBAU – Hasrat seorang anak untuk menjadi imam solat kepada keluarganya sepanjang 14 hari pelaksanaan sekatan pergerakan penuh (total lockdown) fasa pertama tidak kesampaian.

Ini kerana Muhammad Ikhmal Zaqwan Khan Mohd Bakri, 15, maut dalam kejadian nahas tiga buah motosikal di Kilometer 20, Jalan Seremban-Tampin, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 malam berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Chembong itu, mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Zon Merah, Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Rembau.

Kakaknya, Hana Amyliya Marsyainir Mohd Bakri, 18, yang membonceng motosikal itu pula kini menjalani pembedahan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di Seremban.

Ibu mangsa, Shahida Abd. Ghayas Khan, 49, berkata, dua hari lalu anak tunggal lelakinya itu yang dipanggil Zaqwan dalam kalangan ahli keluarga memberitahu perancangannya untuk berpuasa dan mahu belajar menjadi imam bagi menghadapi 14 hari PKP kali ini.

“Dia kata kawannya selalu gelar dia gemuk, jadi dia mahu berpuasa dan mahu belajar menjadi imam. Dia memang anak yang sangat baik, sejak saya sakit di bahagian lutut dan pergerakan terbatas sejak tiga tahun lalu, dia banyak membantu saya memasak dan mengemas rumah.

“Zaqwan juga beritahu saya yang dia mahu saya kongsikan lagi resipi-resipi masakan supaya mudah dia masakkan untuk saya nanti,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Shahida memberitahu, dia juga berharap agar anak keduanya, Hana Amyliya Marsyainir dapat segera sembuh.

Jelasnya, anaknya itu yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Rembau, baharu tiga minggu bekerja di kedai kasut berdekatan kediaman mereka bagi mengumpul wang membeli komputer riba sebagai persiapan menyambung pelajaran.

“Saya ada katakan kepada Hana bukan masanya untuk dia bekerja tetapi dia tetap mahu berusaha menggantikan komputer riba lamanya itu dengan menggunakan wang titik peluhnya sendiri,” katanya.

Dalam kemalangan berkenaan, seorang lagi penunggang motosikal, S. Mahesan, 25, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Rembau, Pemangku Deputi Superintenden, Hazri Mohamad, berkata, kemalangan berkenaan membabitkan tiga buah motosikal iaitu dua daripadanya jenis Honda dan sebuah jenis Modenas.

“Berdasarkan siasatan awal, Mahesan menunggang dari arah Seremban menghala ke Rembau. Apabila sampai di tempat kejadian, motosikalnya telah bertembung dengan motosikal yang ditunggang Muhammad Ikhmal Zaqwan Khan yang datang dari arah bertentangan.

“Kemudian datang motosikal ketiga yang ditunggangi dari arah Rembau oleh seorang lelaki berusia 29 tahun menghala ke Seremban tidak sempat mengelak lalu terlanggar objek motosikal yang berada atas laluan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Jelas Hazri, seorang lagi penunggang motosikal terbabit mengalami kecederaan ringan dan dirawat di Zon Hijau, Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Rembau.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Bagikan ke Facebook

Artikel Terkait

Tidak ada artikel lain dengan kategori serupa.