DI TUDUH MENCURI RM100, RAKAN-RAKAN SANGGUP BAKAR SEORANG REMAJA 15 TAHUN HIDUP-HIDUP
Ibu sedih tengok anak parah di bakar hidup-hidup, masih ada manusia zaman sekarang yang tergamak berbuat demikian. Ini rupanya yang berlaku sehingga mereka jadi begitu kejam.
Chukai: “Perbuatan mereka sangat kejam dan saya tidak boleh terima,” kata Anisah Takzim, 50. Anisah adalah ibu kepada remaja lelaki berusia 15 tahun yang dibakar sekumpulan lelaki dalam kejadian di Kampung Perasing Jaya Jabur, Kemaman, Jumaat lalu.
Menurutnya, dia mahu suspek yang membakar anaknya itu mendapat hukuman setimpal dengan perbuatan kejam mereka. Katanya, dia mengetahui anaknya itu nakal namun boleh menerima kenyataan sekiranya remaja itu itu benar-benar melakukan kesalahan.
“Kalau dia bersalah, bawalah anak saya kepada polis kerana kita ada undang-undang dan janganlah lakukan anak saya sebegitu kejam.
“Mereka bakar anak saya hidup-hidup, itu saya sedih dan tak boleh terima. Saya tak sangka ada lagi manusia kejam dan tergamak berbuat demikian,” katanya ketika ditemui di rumahnya.
Ibu tunggal itu berkata, dia sangat terkejut selepas melihat keadaan anaknya yang menahan kesakitan ketika pulang ke rumah meminta bantuan.
“Dia pulang ke rumah kira-kira jam 3 pagi dalam keadaan menjerit kesakitan. Saya nampak kesan bajunya yang terbakar melekat pada badannya.
“Dia beritahu saya badannya dibakar orang dengan api dan dia cuba memadamkan kebakaran itu dengan berguling di atas tanah,” katanya.
Katanya, melihat keadaan anaknya yang kritikal itu, dia segera membawa anaknya itu ke hospital. “Anak saya kini mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan dan saya sering menangis setiap kali melihat keadaannya.
“Dia semakin stabil dan sudah boleh bercakap serta sudah boleh makan dengan sedikit-sedikit,” katanya.
Katanya, kebakaran itu akan meninggalkan kesan kecacatan kekal pada badan anaknya dan tidak putus berdoa supaya anaknya segera sembuh.
“Siasatan awal polis mendapati, badan mangsa dibakar beberapa rakannya yang menuduhnya mencuri wang tunai berjumlah RM100,” katanya.
Hanyan berkata, mangsa dipercayai disimbah cecair dipercayai minyak sebelum dicucuh api yang menyebabkan badan mangsa melecur.
“Berikutan itu, polis menahan enam individu termasuk suspek utama berusia 18 hingga 25 tahun bagi membantu siasatan. “Hasil ujian air kencing yang dilakukan ke atas suspek mendapati semua mereka negatif dadah,” katanya
Beliau berkata, pihaknya giat memburu beberapa lagi suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan. “Mangsa kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan, Pahang,” katanya.
Sumber : SembangDunia