“Buat Live Solat, Memang Saya Nak Menunjuk” – Ifa Raziah
“Buat Live Solat, Memang Saya Nak Menunjuk” – Ifa Raziah
Memetik Kosmo, Ifa mengakui dia memang sengaja berbuat demikian bagi menutup mulut netizen yang sering mempersoalkan amal ibadahnya serta sering mengecamnya seorang yang jahil.
Belum lagi reda dengan kontroversinya bergelak, terbaru penyanyi Ifa Raziah dikecam apabila membuat Instagram Live (IG Live) sewaktu sedang menunaikan solat.
“Memang saya nak menunjuk ibadah kepada netizen yang suka mengecam dan melabel saya sebagai jahil. Memang saya nak menunjuk kepada umum yang menuduh saya mencabar Allah, ahli neraka dan tidak solat. Jadi, saya tunjuklah bahawa saya menunaikan solat dan menjaga hubungan dengan Tuhan.
“Semua itu untuk membuktikan saya bukan seperti yang dikatakan netizen. Walaupun saya hina pda pandangan manusia, Insya-Allah tidak pada-Nya,” katanya.
Kata Ifa lagi, netizen yang mengecamnya tidak mengenali dirinya apatah lagi tinggal sebumbung dengannya serta mengetahui tentang ibadah yang dilakukannya.
“Mereka yang cakap saya macam-macam, seperti mereka duduk serumah pula dengan saya. Tak perlulah nak menghakimi sesuka hati kehidupan saya. Namun, benda begini jika tidak menunjuk, orang tak akan percaya.
“Saya akan cuba untuk perbaiki kelemahan diri. Hidayah semuanya datang daripada Allah dan hanya Dia yang tahu perkara terbaik untuk saya,” katanya.
Dalam pada itu, Ifa berkata banyak perubahan yang berlaku kepadanya terutama dalam soal ibadah namun mengakui hanya berhijab sahaja belum dilunaskan lagi.
“Sehingga hari ini, banyak perubahan yang berlaku kepada diri saya termasuk amal ibadah cuma saya belum berhijab saja lagi. Itu saja satu dosa besar yang belum saya lunaskan lagi, yang lain semua alhamdulillah,” katanya.
Sumber: Rotikaya